mYSElf

Monday, November 12, 2012

WANITA SOLEHAH HIASAN DUNIA

Assalamualaikum dan salam sayang semua,.^^


✿...Muslimah itu ANUGERAH terindah dunia..dia lembut tapi TIDAK LEMAH, mempesona tetapi tetap bersahaja..dia tahu bagaimana menjaga IZZAH dirinya, dia mengerti bagaimana menjaga AKHLAK & KEMULIAANNYA..itulah yang membuatnya ISTIMEWA dibandingkan wanita lain...✿

Wanita??? Sukar bagi kita untuk mengenal wanita yang solehah, baik dari ukuran pakaian juga ukuran akhlak, ada masa wanita baik pakaiannya tp jelik akhlaknya, ada masa wanita baik akhlaknya tp jelik pakaiannya, dan juga ada masa kita temu wanita yang baik kedua- duanya, akhlak dan juga pakaiannya. Jika mata yang melihat dari mata kasar, kita tidak mampu temui apa yang kita cari dalam diri seorang wanita. Wanita penuh dengan rahsianya yang Allah sembunyikan, rahsia yang terlalu indah sesuai dengan penciptaan wanita yang Allah ciptakan sebagai perhiasan dunia, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. indahnya seorang wanita solehah.

Wanita solehah??? sebut sahaja wanita solehah, subhanallah meresap aliran bak kesejukkan yang sangat nyaman dalam dada, rasa kelapangan menerobos masuk tatkala menyebut, membayangkan seorang wanita solehah, masyaAllah sangat indah dan mempesonakan baik dari segi perilaku serta tingkahnya yang penuh kelembutan, tampak tegas tp jika diselami, penuh dengan kelembutan yang tersembunyi, hati yang rapuh menerima kemaafan, mata yang jernih menitiskan manik- manik keinsafan kepada Ilahi. Wanita solehah, terlalu banyak untuk dicoretkan bagi mengilhamkan seorang wanita solehah, wanita yang diimpikan setiap lelaki soleh, setiap taman- taman syurga, insyaAllah wa biznillah.
"Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama."~wanita solehah
Seindah madah terukir masih belum mampu mencoretkan bertapa indahnya seorang wanita solehah, wanita perhiasan dunia, bagaimana cara menjadi wanita solehah???? Menyebut wanita solehah sangat mudah, menjadi wanita solehah perlukan kesabaran dan kegigihan, mari kita sama- sama menyelusuri indahnya amalan wanita solehah, moga- moga kita terus istiqamah,..^^

RAHSIA WANITA SOLEHAH???



~ Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

~ Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

~ Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

~ Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

~ Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

~ Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

~ Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

~ Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.


Belajar adalah merupakan kunci utama wanita solehah, tidak tahu maka belajarlah supaya tahu, kadang- kadang kita terlalu menghukum tanpa menyelidikki hati seorang muslimah, untuk menjadi seorang yang solehah, kita tidak boleh memaksa semua orang menerima teguran kita, dalam menginsafi kekhilafan diri, astaghfirrullahala'zim, kita terlalu banyak menghukum tanpa kita sedar yang seorang wanita itu harus dididik, dipimpin dengan baik. Kerana fitrahnya mahukan teguran dan nasihat yang baik. Tapi apa yang terjadi pada hari ini, kita terlalu cepat menghukum sahabat-sahabat. Kita mudah mengumpat perangainya di belakang, kita mudah menyalahkannya dalam pelbagai keadaan. Jika kita menegur sekalipun, bagaimana cara kita menegurnya. Bagaimana cara kita mendidiknya, Adakah menyenangkan hatinya atau hanya membuatnya berjauh hati?Berginikah usaha kita dalam mendidik hati menjadi wanita yang solehah, solehah bukan pada luarannya tapi dari dalamannya yang sentiasa menjaga hati dan menegakkan Islam tinggi dimata masyarakat. Mudah sahaja caranya, untuk menarik mad'u, tariklah ia dengan cara yang lembut, rawatlah seolah- olah seorang DOKTOR yang merawat pesakitnya, penuh kelembutan, dan penuh teliti, jika terpaksa menggunakan kekasaran, kekasarannya masih lagi berselangkan kelembutan,.subhanallah.

"Sebagai contoh, ada satu periuk nasi yang hanya tinggal kerak nasi sahaja. Bagaimana untuk kita buang semua kerak nasi itu? Ada dua cara, cara yang cepat dan cara yang agak lambat."

~Pertama, cara yang cepat adalah dengan, kita mengikis kerak nasi itu dengan sudu. Cumanya, periuk itu akan calar balar akibat dari kikisan tadi.
~Kedua, cara yang lambat adalah dengan merendam periuk itu dalam air. Lama-lama, kerak nasi itu akan kembang dan dengan mudah kita dapat keluarkannya.

Nampak bukan?

Begitulah juga perumpamaan kita melaksanakan gerak kerja dakwah kepada mad'u kita. Kalau kita mahu cepat dia berubah, tarbiyahlah dia dengan cara yang kasar, lihatlah hatinya akan terluka sahabat-sahabat. Pandangannya pada ajaran Islam akan jauh menyimpang.

Tapi kalau kita tarbiyah dia secara lembut, slow-slow. Meskipun lambat sahabat-sahabat, kesannya cukup mendalam. Hatinya sedikit demi sedikit akan menerima tarbiyah yang kita bawa. Subhanallah waktu itu sangat indah terasa sahabat-sahabat.

*****
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.... "
-Surah An-Nahl : 125 -

Subhanallah..ayat ini menyeru kita, berdakwah dengan penuh hikmah. Selamat mendidik dan dididik dengan penuh hikmah, usaha kita dalam mengejar title wanita solehah bukannya mudah semudah belajar ABC, ianya perlukan kesabaran dan kegigihan, kekuatan serta kekentalan dalam menghadapi ujian dan dugaan, insyaAllah sama- sama kita insafi diri dan didik diri menjadi wanita yang solehah,.semoga terus istiqamah pada apa yang diusahakan,.:) ^^

No comments:

Post a Comment