Assalamualaikum dan salam sayang pada semua pembaca. Semoga rahmat dan redha Allah ta'ala sentiasa bersama kita hingga ke JANNAH, insyaAllah.
#####################################################################################
Entri kali ini aku ilhamkan dari kata- kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, iaitu "Pendekkan angan- angan, hiduplah dalam lingkungan hari ini."
Mustahil bagi seseorang manusia untuk tidak berangan, cuma yang membezakan mereka adalah sama ada mereka berangan panjang atau berangan pendek. Kekadang aku akui aku terlebih berangan, macam dalam gambar di atas, tumpang pelamin orang tapi berangan macam pelamin sendiri then berangan siap ada 'Groom kat sebelah. Lucu bila difikirkan tindakan sendiri tapi hakikatnya itulah yang terjadi...hehe tapi di sini aku nak tekankan berangan tak pernah salah cuma jangan terlebih berangan!
Bagaimana nak bezakan seseorang yang berangan panjang dan berangan pendek?
Ok, sebenarnya aku tak buat kajian pun cuma pada pendapat aku orang yang berangan ni dia nampak apa matlamat dia di depan. Berangan boleh didifinisikan (dari permahaman sendiri) sama seperti imaginasi manusia yang menginginkan sesuatu yang indah, seronok, dan membahagiakan. Tidak ada seseorang pun yang berangan nak jadi susah, tidak ada seseorang pun yang berangan nak jadi gagal, semua angan- angan berupa keindahan dan keseronokkan untuk diri sendiri. Jadi berangan tak pernah salah ! Cuma yang salahnya terlebih berangan hingga kita tidak sedar bahawa realiti sebenarnya tak seindah fantasi, kita perlu bangun dari fantasi yang panjang dan hidupkan realiti yang nyata ini. So, saranan Ustaz Pahrol ini menyedarkan aku yang terleka panjang, aku perlu bangkit dari angan- angan dan hidupkan realiti yang nyata.
Apa aku buat???
S ~Set MATLAMAT (apa yang aku mahu jadi, apa yang aku nak, dan apa yang aku harapkan terjadi)
E ~ ENCOURAGE (menggalakkan & meransang) MINDA & OTAK untuk bergerak aktif mencari jalan penyelesaian pada setiap permasalahan dan pada setiap kekusutan.)
T ~ TINDAKAN (bertindak sekarang, jangan tunggu esok, jangan tunggu nanti, jangan tunggu bila peluang dan ruang itu hilang)
"Pendekkan angan- angan, hiduplah dalam lingkungan hari ini"
"Sepertimana bunga di tangan yang terus berkembang mekar, dan sepertimana senyuman di bibir terukir indah, maka begitulah diri aku, langkah terus diatur hatta perjalanan masih jauh di depan. Aku lihat diri aku dalam angan- anganku, sungguh indah dan membahagiakan dan aku mahu mencapainya.!!!"
Hari ini, jika ramai yang mengatakan kita TIDAK BOLEH, maka berpeganglah pada keyakinan diri sendiri bahawa KITA BOLEH !!! Tidak ada sesiapa pun yang mampu mengubah hidup kita melainkan kita sendiri yang menginginkan perubahan itu. Tidak akan ada perkataan "PUTUS ASA" dalam hidup aku, selagi ada ruang dan peluang yang Allah sediakan maka berusahalah, berjaya atau tidak itu keputusan Allah dan yakinlah pada perancangan Allah bahawa " Setiap yang terjadi PASTI ada hikmahnya dan setiap yang terjadi pasti bersebab, kerana pilihan Allah adalah yang terbaik." Hatta berkali- kali aku gagal mendapatkan apa yang aku mahu, aku tidak pernah berhenti berusaha kerana di depan ada hikmah yang Allah sembunyikan. Satu yang aku pegang, "jika aku tidak mampu dapat apa yang aku mahu, maka aku kena hargai apa yang aku dapat hari ini". Kata- kata Guru sentiasa menjadi penguat semangat "kita berhak untuk berasa sedih dan kecewa tetapi janganlah berputus asa atas rahmat Allah". Sepertimana Allah memperingatkan kita dalam al Quran "Boleh jadi kita tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untuk kita, dan boleh jadi kita menyukai sesuatu padahal ia tidak baik untuk kita". Malah Ustaz Bazli Shah pun ada mengatakan " Tidak semua yang baik itu baik, dan tidak semua yang tidak baik itu tidak baik." Maka Terimalah apa yang kita peroleh hari ini dengan senang hati. HIDUPLAH DALAM LINGKUNGAN HARI INI, HIDUPLAH DALAM LINGKUNGAN HARI INI. !!!
"Di depan masih terlalu jauh, kehidupan dunia ini hanyalah kehidupan yang sementara yang tidak akan ada satu pun yang kekal di dalamnya, kehidupan akhiratlah yang kekal abadi, kehidupan yang kita perlu usahakan sama ada SYURGA atau NERAKA pilihan kita. Jika kita mahu SYURGA, bergeraklah ke arah ahli Syurga, dan tinggalkan apa yang ahli neraka lakukan."
InsyaAllah ayuh kita hidup dalam lingkungan hari ini, apa yang kita terima hari ini maka hargailah dan teruslah melangkah kerana suatu hari nanti dengan kesabaran hari ini kita akan peroleh sesuatu yang Allah janjikan. MAN JADDA WA JADDA !!! InsyaAllah wa biznillah.
Aku DEKAT,
Kau DEKAT,
REDHA Allah kukejar,
Kehidupan akhirat di Syurga kuharapkan,
Moga kita bertemu di JANNAH,
InsyaAllah!!!