mYSElf

Monday, November 12, 2012

WANITA SOLEHAH HIASAN DUNIA

Assalamualaikum dan salam sayang semua,.^^


✿...Muslimah itu ANUGERAH terindah dunia..dia lembut tapi TIDAK LEMAH, mempesona tetapi tetap bersahaja..dia tahu bagaimana menjaga IZZAH dirinya, dia mengerti bagaimana menjaga AKHLAK & KEMULIAANNYA..itulah yang membuatnya ISTIMEWA dibandingkan wanita lain...✿

Wanita??? Sukar bagi kita untuk mengenal wanita yang solehah, baik dari ukuran pakaian juga ukuran akhlak, ada masa wanita baik pakaiannya tp jelik akhlaknya, ada masa wanita baik akhlaknya tp jelik pakaiannya, dan juga ada masa kita temu wanita yang baik kedua- duanya, akhlak dan juga pakaiannya. Jika mata yang melihat dari mata kasar, kita tidak mampu temui apa yang kita cari dalam diri seorang wanita. Wanita penuh dengan rahsianya yang Allah sembunyikan, rahsia yang terlalu indah sesuai dengan penciptaan wanita yang Allah ciptakan sebagai perhiasan dunia, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. indahnya seorang wanita solehah.

Wanita solehah??? sebut sahaja wanita solehah, subhanallah meresap aliran bak kesejukkan yang sangat nyaman dalam dada, rasa kelapangan menerobos masuk tatkala menyebut, membayangkan seorang wanita solehah, masyaAllah sangat indah dan mempesonakan baik dari segi perilaku serta tingkahnya yang penuh kelembutan, tampak tegas tp jika diselami, penuh dengan kelembutan yang tersembunyi, hati yang rapuh menerima kemaafan, mata yang jernih menitiskan manik- manik keinsafan kepada Ilahi. Wanita solehah, terlalu banyak untuk dicoretkan bagi mengilhamkan seorang wanita solehah, wanita yang diimpikan setiap lelaki soleh, setiap taman- taman syurga, insyaAllah wa biznillah.
"Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama."~wanita solehah
Seindah madah terukir masih belum mampu mencoretkan bertapa indahnya seorang wanita solehah, wanita perhiasan dunia, bagaimana cara menjadi wanita solehah???? Menyebut wanita solehah sangat mudah, menjadi wanita solehah perlukan kesabaran dan kegigihan, mari kita sama- sama menyelusuri indahnya amalan wanita solehah, moga- moga kita terus istiqamah,..^^

RAHSIA WANITA SOLEHAH???



~ Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

~ Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

~ Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

~ Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

~ Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

~ Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

~ Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

~ Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.


Belajar adalah merupakan kunci utama wanita solehah, tidak tahu maka belajarlah supaya tahu, kadang- kadang kita terlalu menghukum tanpa menyelidikki hati seorang muslimah, untuk menjadi seorang yang solehah, kita tidak boleh memaksa semua orang menerima teguran kita, dalam menginsafi kekhilafan diri, astaghfirrullahala'zim, kita terlalu banyak menghukum tanpa kita sedar yang seorang wanita itu harus dididik, dipimpin dengan baik. Kerana fitrahnya mahukan teguran dan nasihat yang baik. Tapi apa yang terjadi pada hari ini, kita terlalu cepat menghukum sahabat-sahabat. Kita mudah mengumpat perangainya di belakang, kita mudah menyalahkannya dalam pelbagai keadaan. Jika kita menegur sekalipun, bagaimana cara kita menegurnya. Bagaimana cara kita mendidiknya, Adakah menyenangkan hatinya atau hanya membuatnya berjauh hati?Berginikah usaha kita dalam mendidik hati menjadi wanita yang solehah, solehah bukan pada luarannya tapi dari dalamannya yang sentiasa menjaga hati dan menegakkan Islam tinggi dimata masyarakat. Mudah sahaja caranya, untuk menarik mad'u, tariklah ia dengan cara yang lembut, rawatlah seolah- olah seorang DOKTOR yang merawat pesakitnya, penuh kelembutan, dan penuh teliti, jika terpaksa menggunakan kekasaran, kekasarannya masih lagi berselangkan kelembutan,.subhanallah.

"Sebagai contoh, ada satu periuk nasi yang hanya tinggal kerak nasi sahaja. Bagaimana untuk kita buang semua kerak nasi itu? Ada dua cara, cara yang cepat dan cara yang agak lambat."

~Pertama, cara yang cepat adalah dengan, kita mengikis kerak nasi itu dengan sudu. Cumanya, periuk itu akan calar balar akibat dari kikisan tadi.
~Kedua, cara yang lambat adalah dengan merendam periuk itu dalam air. Lama-lama, kerak nasi itu akan kembang dan dengan mudah kita dapat keluarkannya.

Nampak bukan?

Begitulah juga perumpamaan kita melaksanakan gerak kerja dakwah kepada mad'u kita. Kalau kita mahu cepat dia berubah, tarbiyahlah dia dengan cara yang kasar, lihatlah hatinya akan terluka sahabat-sahabat. Pandangannya pada ajaran Islam akan jauh menyimpang.

Tapi kalau kita tarbiyah dia secara lembut, slow-slow. Meskipun lambat sahabat-sahabat, kesannya cukup mendalam. Hatinya sedikit demi sedikit akan menerima tarbiyah yang kita bawa. Subhanallah waktu itu sangat indah terasa sahabat-sahabat.

*****
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.... "
-Surah An-Nahl : 125 -

Subhanallah..ayat ini menyeru kita, berdakwah dengan penuh hikmah. Selamat mendidik dan dididik dengan penuh hikmah, usaha kita dalam mengejar title wanita solehah bukannya mudah semudah belajar ABC, ianya perlukan kesabaran dan kegigihan, kekuatan serta kekentalan dalam menghadapi ujian dan dugaan, insyaAllah sama- sama kita insafi diri dan didik diri menjadi wanita yang solehah,.semoga terus istiqamah pada apa yang diusahakan,.:) ^^

Friday, November 9, 2012

BILA AJAL MENJEMPUT

Topik tanyalah ustazah bila ajal menjemput,.berpeluh n berair mata dengar,.>_<

MENGINGATI MATI akan MEMATAHKAH kelazatan dunia,.^^

Allah dah tetapkan takdir hidup kita, kita xberkuasa keatas diri kita, berusahalah berubah jadi insan yang
lebih baik kerana bilamana ajal menjemput, segala- galanya telah berakhir,.

~kalau hari ini kita masih belum mengenakan tudung, PAKAILAH, paksa diri kita, .
~kalau hari ini kita masih belum sempurna aurat serta solat, PAKSALAH sehingga sempurna,
~kalau hari ini kita masih tidak menjaga lidah dari menyakiti hati- hati orang lain, KAWALLAH, usaha untuk menjaga lidah,.

MATI itu PASTI, kita tak mampu nak ubah takdir yang Allah tetapkan tp kita boleh usaha ubah cara kematian kita, berdoalah walau apa- apa bentuk kebaikkan,

~kita boleh berdoa MATI diMAKKAH
~kita boleh minta doa MATI di tanah kelahiran NABI (madinah),.
~kita boleh minta doa MATI dalam solat,.

mintalah apa sahaja kerana ALLAH MAHA MEMAKBULKAN DOA,.insyaAllah,.

SAKARATULMAUT, Subhanallah, NABI yang dijanjikan ALLAH syurga disaat akhir hayat baginda, baginda menyatakan.."kalaulah boleh pindah rasa sakit ini, biarlah aku yang tanggung semua rasa sakaratulmaut yg akan dialami oleh umat- umatku,.",.punyalah nabi sayang pada kita, saat sakaratul maut pun nabi ingat kita semua,,.BILAL BIN RABBAH, saat akhir hayatnya isterinya menyatakan,."dalam banyak2 hari, hari ini hari paling sedih sebab saya bakal berpisah dengan abg..",..namun bilal menjawab,."dalam banyak2 hari, hari ini adalah hari paling gembira bagi saya kerana saya akan bertemu KEKASIH saya,.ALLAH S.W.T,..",..cuba renungkan seketika bagaimana diri kita saat kematian kita???renungkan hatta sejenak,.moga2 mengingati mati dapat membuatkan kita zuhud pada dunia, insyaAllah

3 amalan yang tidak putus pahalanya walaupun kematian menjemput adalah,.

~doa anak2 yang soleh
~sedekah jariah
~ilmu yang bermanfaat,.http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2760-amalan-yang-tidak-putus-pahalanya.html

::: siapakah orang yang MUFLIS itu ??? :::

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”

Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”

(Riwayat Muslim)

Sunday, November 4, 2012

KEMATIAN ITU HAMPIR, SANGAT HAMPIR

Assalamualaikum dan salam sayang semua,.^^

Dek kerana fikiran buntu untuk bertindak maka jari laju menari- nari di atas keyboard untuk mencoretkan apa yang ingin dirucahkan,.hehe,,so, apa pula entry yang akan dikongsikan???sebelum jari terus berlari- lari, cuba kita fikirkan sejenak, apa yang sedang kita lakukan sekarang,,ketika mana malaikat maut datang menjenguk kita, apa yang sedang kita lakukan,.???ketika mana malaikat sedang leka mencatat amal kita, adakah semakin lama semakin bertambah atau semakin lama, semakin lemah malaikat mencatat amal kita???tanya diri kita,,cuba fikirkan sejenak, sejenak cuma,.

Kehidupan ini umpama roda, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah, namun roda yang sentiasa berputar pasti suatu saat akan berhenti juga iaitu KEMATIAN, setiap yang hidup pasti akan mati,.Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34), dan setiap yang mati pasti akan dibangkitkan semula untuk dihisab segala amalannya kelak dia hari akhirat,."Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"


Terdapat banyak kelebihan mengapa Islam menganjurkan umatnya mengingati mati antaranya ia dijelaskan dalam hadis dibawah:

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".



Kita kadang- kadang nampak tetapi membutakan mata, kita kadang- kadang sedar tetapi memekakkan telinga,.kita tahu kematian dekat dengan kita, tetapi kita sering lalai dalam melakukan dosa, astaghfirrullahala'zim,.moga- moga kita terhindar dari azab api neraka, azab kubur, ujian hidup dan mati, dan ujian al masihi ad- dajjal,.insyaAllah wa biznillah,.ya Allah kau tempatkanlah arwah atuk, tok ki, tok wan, abg zul serta seluruh ahli keluargaku yang telah meninggal dunia dalam kalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh, jauhi mereka dari azab api neraka serta seksaan kubur, terangi kubur- kubur mereka dengan cahaya penuh keimanan, amin Ya RABB,.