mYSElf

Sunday, November 4, 2012

KEMATIAN ITU HAMPIR, SANGAT HAMPIR

Assalamualaikum dan salam sayang semua,.^^

Dek kerana fikiran buntu untuk bertindak maka jari laju menari- nari di atas keyboard untuk mencoretkan apa yang ingin dirucahkan,.hehe,,so, apa pula entry yang akan dikongsikan???sebelum jari terus berlari- lari, cuba kita fikirkan sejenak, apa yang sedang kita lakukan sekarang,,ketika mana malaikat maut datang menjenguk kita, apa yang sedang kita lakukan,.???ketika mana malaikat sedang leka mencatat amal kita, adakah semakin lama semakin bertambah atau semakin lama, semakin lemah malaikat mencatat amal kita???tanya diri kita,,cuba fikirkan sejenak, sejenak cuma,.

Kehidupan ini umpama roda, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah, namun roda yang sentiasa berputar pasti suatu saat akan berhenti juga iaitu KEMATIAN, setiap yang hidup pasti akan mati,.Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34), dan setiap yang mati pasti akan dibangkitkan semula untuk dihisab segala amalannya kelak dia hari akhirat,."Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"


Terdapat banyak kelebihan mengapa Islam menganjurkan umatnya mengingati mati antaranya ia dijelaskan dalam hadis dibawah:

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".



Kita kadang- kadang nampak tetapi membutakan mata, kita kadang- kadang sedar tetapi memekakkan telinga,.kita tahu kematian dekat dengan kita, tetapi kita sering lalai dalam melakukan dosa, astaghfirrullahala'zim,.moga- moga kita terhindar dari azab api neraka, azab kubur, ujian hidup dan mati, dan ujian al masihi ad- dajjal,.insyaAllah wa biznillah,.ya Allah kau tempatkanlah arwah atuk, tok ki, tok wan, abg zul serta seluruh ahli keluargaku yang telah meninggal dunia dalam kalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh, jauhi mereka dari azab api neraka serta seksaan kubur, terangi kubur- kubur mereka dengan cahaya penuh keimanan, amin Ya RABB,.

No comments:

Post a Comment