mYSElf

Saturday, June 7, 2014

Hidup ini adalah pilihan, maka pilihlah untuk ke Syurga.

Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum dan salam sayang buat semua. Alhamdulillah hari ini Allah masih pinjamkan kita nikmat sihat dan kekuatan untuk bernafas di bumi yang sementara ini. Semoga hari ini kita menjadi hamba Allah yang jauh lebih baik daripada semalam. InsyaAllah wa biznillah.

Hari ini aku masih mampu bernafas, aku masih mampu tersenyum, aku masih mampu bergembira. Allahurabbi, sejenak aku terfikir alangkah ruginya jika peluang dan ruang yang Allah anugerahkan ini tidak aku peruntukkan untuk berbuat kebaikkan. 

Kehidupan ini adalah satu pilihan, kita diberi pilihan untuk hidup senang atau susah, kita diberi pilihan untuk jadi baik atau jahat, kita diberi pilihan untuk mendapat redha Allah atau murka Allah, dan kita juga diberi pilihan untuk mati dalah iman atau kafir.


Impianku moga Allah redha dan moga aku mampu menjadi wanita yang solehah. Biznillah.














Kadang kita alpa dengan nikmat duniawi, tergoda dengan keasyikkan hasutan syaitan, sehingga kadang- kadang kita melupakan Allah, astaghfirrullahal'azim, moga Allah menyedarkan kita tika kita alpa, membangunkan kita tika kita tergoda dengan hasutan syaitan dan moga kita kembali taat pada Allah bilamana kita tersasar.

SIAPA KITA??? SIAPA KITA???SIAPA KITA??? 

Allahuakhbar, Allahuakhbar, Allahuakhbar, Lailahaillallah, Lailahaillallah, Lailahaillallah, Subhanallah, Subhanallah, Subhanallah

Perbaharui syahadah kita, dalam sehari kita mengucap 9 kali dalam solat fadhu, tambah dengan solat sunat, tambah dengan sebelum tidur, Alhamdulillah kita sentiasa memperbaharui syahadah kita. Cuba kita bayangkan jika kita mengabaikan solat kita? Allahurabbi alangkah ruginya kita menjadi orang yang ingkar dengan suruhan Allah. Na'uzubillahiminzalik, moga kita tergolong dalam kalangan orang- orang yang beriman dan beramal soleh, insyaAllah. Jangan pernah tinggalkan solat, jangan pernah melengah- lengahkan solat, dan jangan pernah ambil ringan soal solat. Ingatlah Solat adalah amalan pertama yang akan dihisab Allah pada hari akhirat kelak, jika baik solatnya maka baiklah amalannya yang lain, begitu juga sebaliknya. Subhanallah.

"As long as you are performing your prayer, you are knocking at the door of Allah, and whoever is knocking at the door of Allah, Allah will open for him."

Allahurabbi tidak mahukah kita??? Jika kita patuh suruhan Allah, taat pada larangan Allah insyaAllah Syurga menanti kita. Subhanallah pilihan di tangan kita, sama ada untuk berbuat kebaikkan atau kejahatan, sama ada untuk mati dalam iman atau kafir. PILIHLAH YANG TERBAIK, jalan ke Syurga terus lurus ke hadapan.

Jom jadi baik,
Aku dekat,
Kau dekat,
Allah suruh kita buat,
Allah larang kita tinggalkan,
^__^

Sunday, March 23, 2014

Pendekkan angan - angan, Hiduplah dalam lingkungan hari ini !

Assalamualaikum dan salam sayang pada semua pembaca. Semoga rahmat dan redha Allah ta'ala sentiasa bersama kita hingga ke JANNAH, insyaAllah. 

#####################################################################################


Entri kali ini aku ilhamkan dari kata- kata Ustaz Pahrol Mohd Juoi, iaitu "Pendekkan angan- angan, hiduplah dalam lingkungan hari ini." 

Mustahil bagi seseorang manusia untuk tidak berangan, cuma yang membezakan mereka adalah sama ada mereka  berangan panjang atau berangan pendek. Kekadang aku akui aku terlebih berangan, macam dalam gambar di atas, tumpang pelamin orang tapi berangan macam pelamin sendiri then berangan siap ada 'Groom kat sebelah. Lucu bila difikirkan tindakan sendiri tapi hakikatnya itulah yang terjadi...hehe tapi di sini aku nak tekankan berangan tak  pernah salah cuma jangan terlebih berangan! 

Bagaimana nak bezakan seseorang yang berangan panjang dan berangan pendek?

Ok, sebenarnya aku tak buat kajian pun cuma pada pendapat aku orang yang berangan ni dia nampak apa matlamat dia di depan. Berangan boleh didifinisikan (dari permahaman sendiri) sama seperti imaginasi manusia yang menginginkan sesuatu yang indah, seronok, dan membahagiakan. Tidak ada seseorang pun yang berangan nak jadi susah, tidak ada seseorang pun yang berangan nak jadi gagal, semua angan- angan berupa keindahan dan keseronokkan untuk diri sendiri. Jadi berangan tak pernah salah ! Cuma yang salahnya terlebih berangan hingga kita tidak sedar bahawa realiti sebenarnya tak seindah fantasi, kita perlu bangun dari fantasi yang panjang dan hidupkan realiti yang nyata ini. So, saranan Ustaz Pahrol ini menyedarkan aku yang terleka panjang, aku perlu bangkit dari angan- angan dan hidupkan realiti yang nyata. 

Apa aku buat???

S ~Set MATLAMAT (apa yang aku mahu jadi, apa yang aku nak, dan apa yang aku harapkan terjadi)

E ~ ENCOURAGE  (menggalakkan & meransang) MINDA & OTAK untuk bergerak aktif mencari jalan penyelesaian pada setiap permasalahan dan pada setiap kekusutan.)

T ~ TINDAKAN (bertindak sekarang, jangan tunggu esok, jangan tunggu nanti, jangan tunggu bila peluang dan ruang itu hilang)

"Pendekkan angan- angan, hiduplah dalam lingkungan hari ini"


"Sepertimana bunga di tangan yang terus berkembang mekar, dan sepertimana senyuman di bibir terukir indah, maka begitulah  diri aku, langkah terus diatur hatta perjalanan masih jauh di depan. Aku lihat diri aku dalam angan- anganku, sungguh indah dan membahagiakan dan aku mahu mencapainya.!!!"

Hari ini, jika ramai yang mengatakan kita TIDAK BOLEH, maka berpeganglah pada keyakinan diri sendiri bahawa KITA BOLEH !!! Tidak ada sesiapa pun yang mampu mengubah hidup kita melainkan kita sendiri yang menginginkan perubahan itu. Tidak akan ada perkataan "PUTUS ASA" dalam hidup aku, selagi ada ruang dan peluang yang Allah sediakan maka berusahalah, berjaya atau tidak itu keputusan Allah dan yakinlah pada perancangan Allah bahawa " Setiap yang terjadi PASTI ada hikmahnya dan setiap yang terjadi pasti bersebab, kerana pilihan Allah adalah yang terbaik." Hatta berkali- kali aku gagal mendapatkan apa yang aku mahu, aku tidak pernah berhenti berusaha kerana di depan ada hikmah yang Allah sembunyikan. Satu yang aku pegang,  "jika aku tidak mampu dapat apa yang aku mahu, maka aku kena hargai apa yang aku dapat hari ini". Kata- kata Guru sentiasa menjadi penguat semangat "kita berhak untuk berasa sedih dan kecewa tetapi janganlah berputus asa atas rahmat Allah". Sepertimana Allah memperingatkan kita dalam al Quran "Boleh jadi kita tidak menyukai sesuatu padahal ia baik untuk kita, dan boleh jadi kita menyukai sesuatu padahal ia tidak baik untuk kita". Malah Ustaz Bazli Shah pun ada mengatakan " Tidak semua yang baik itu baik, dan tidak semua yang tidak baik itu tidak baik." Maka Terimalah apa yang kita peroleh hari ini dengan senang hati. HIDUPLAH DALAM LINGKUNGAN HARI INI, HIDUPLAH DALAM LINGKUNGAN HARI INI. !!!




"Di depan masih terlalu jauh, kehidupan dunia ini hanyalah kehidupan yang sementara yang tidak akan ada satu pun yang kekal di dalamnya, kehidupan akhiratlah yang kekal abadi, kehidupan yang kita perlu usahakan sama ada SYURGA atau NERAKA pilihan kita. Jika kita mahu SYURGA, bergeraklah ke arah ahli Syurga, dan tinggalkan apa yang ahli neraka lakukan."

InsyaAllah ayuh kita hidup dalam lingkungan hari ini, apa yang kita terima hari ini maka hargailah dan teruslah melangkah kerana suatu hari nanti dengan kesabaran hari ini kita akan peroleh sesuatu yang Allah janjikan. MAN JADDA WA JADDA !!! InsyaAllah wa biznillah.

Aku DEKAT,
Kau DEKAT,
REDHA Allah kukejar,
Kehidupan akhirat di Syurga kuharapkan,
Moga kita bertemu di JANNAH,
InsyaAllah!!!

Monday, November 12, 2012

WANITA SOLEHAH HIASAN DUNIA

Assalamualaikum dan salam sayang semua,.^^


✿...Muslimah itu ANUGERAH terindah dunia..dia lembut tapi TIDAK LEMAH, mempesona tetapi tetap bersahaja..dia tahu bagaimana menjaga IZZAH dirinya, dia mengerti bagaimana menjaga AKHLAK & KEMULIAANNYA..itulah yang membuatnya ISTIMEWA dibandingkan wanita lain...✿

Wanita??? Sukar bagi kita untuk mengenal wanita yang solehah, baik dari ukuran pakaian juga ukuran akhlak, ada masa wanita baik pakaiannya tp jelik akhlaknya, ada masa wanita baik akhlaknya tp jelik pakaiannya, dan juga ada masa kita temu wanita yang baik kedua- duanya, akhlak dan juga pakaiannya. Jika mata yang melihat dari mata kasar, kita tidak mampu temui apa yang kita cari dalam diri seorang wanita. Wanita penuh dengan rahsianya yang Allah sembunyikan, rahsia yang terlalu indah sesuai dengan penciptaan wanita yang Allah ciptakan sebagai perhiasan dunia, Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakhbar. indahnya seorang wanita solehah.

Wanita solehah??? sebut sahaja wanita solehah, subhanallah meresap aliran bak kesejukkan yang sangat nyaman dalam dada, rasa kelapangan menerobos masuk tatkala menyebut, membayangkan seorang wanita solehah, masyaAllah sangat indah dan mempesonakan baik dari segi perilaku serta tingkahnya yang penuh kelembutan, tampak tegas tp jika diselami, penuh dengan kelembutan yang tersembunyi, hati yang rapuh menerima kemaafan, mata yang jernih menitiskan manik- manik keinsafan kepada Ilahi. Wanita solehah, terlalu banyak untuk dicoretkan bagi mengilhamkan seorang wanita solehah, wanita yang diimpikan setiap lelaki soleh, setiap taman- taman syurga, insyaAllah wa biznillah.
"Wanita solehah itu aurat dijaga,
Pergaulan dipagari,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya, 
Kemanisan wanita solehah,
tidak terletak pada kemanjaannya,
Daya penarik wanita solehah itu,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya bermain lidah, memujuk rayu..
Bukan dan tidak sama sekali,
Kepetahan wanita solehah,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat agama."~wanita solehah
Seindah madah terukir masih belum mampu mencoretkan bertapa indahnya seorang wanita solehah, wanita perhiasan dunia, bagaimana cara menjadi wanita solehah???? Menyebut wanita solehah sangat mudah, menjadi wanita solehah perlukan kesabaran dan kegigihan, mari kita sama- sama menyelusuri indahnya amalan wanita solehah, moga- moga kita terus istiqamah,..^^

RAHSIA WANITA SOLEHAH???



~ Mendirikan solat
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan keatasnya solat fardu lima waktu sehari semalam. Solat fardu dengan rajin dan lakukannya solat sunat bagi menampung kekurangan yang terdapat pada solat wajib itu tadi.

~ Menjaga solatnya
Seseorang yang wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu. Selain khusyuk,menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti diawal waktu dan tidak berlengah- lengah.

~ Bersyukur dan redha
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yang buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluhdan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Sebaiknya kita bersyukur dan redha dengan setiap pemberian Allah.

~ Selalu bersedekah

Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehingga malikat berdoa agar orang yang rajin memberi sedekah itu Allagh S.W.T akan gantikan dangan ganjaran yang berlipat kali ganda.

~ Menjaga maruah diri

Untuk menjadi wanita solehah hendaklah wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dengan betul.memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yang boleh mendorongnya melakukan maksiat dan perbuatan keji.

~ Takut murka Allah

Wanita solehah sentiasa patuh kepadaajaran Allah dan menjauhi semua laranganNya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu maha melihat semua perbuatan hambaNya.

~ Menjaga amanah.

Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu , seorang pekerja, seorang tertangga. Amanah kepada Allah seperti di dalam surah Al-Fatihah , ‘kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.

~ Pandai mengaji Al-Quran

Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dengan istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri, mestilah juga tahun mengaji quran dan suka /sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Sesungguhnya rumah yang tidak diperdengarkan alunan bacaan Quraan ibarat sebuah kubur.


Belajar adalah merupakan kunci utama wanita solehah, tidak tahu maka belajarlah supaya tahu, kadang- kadang kita terlalu menghukum tanpa menyelidikki hati seorang muslimah, untuk menjadi seorang yang solehah, kita tidak boleh memaksa semua orang menerima teguran kita, dalam menginsafi kekhilafan diri, astaghfirrullahala'zim, kita terlalu banyak menghukum tanpa kita sedar yang seorang wanita itu harus dididik, dipimpin dengan baik. Kerana fitrahnya mahukan teguran dan nasihat yang baik. Tapi apa yang terjadi pada hari ini, kita terlalu cepat menghukum sahabat-sahabat. Kita mudah mengumpat perangainya di belakang, kita mudah menyalahkannya dalam pelbagai keadaan. Jika kita menegur sekalipun, bagaimana cara kita menegurnya. Bagaimana cara kita mendidiknya, Adakah menyenangkan hatinya atau hanya membuatnya berjauh hati?Berginikah usaha kita dalam mendidik hati menjadi wanita yang solehah, solehah bukan pada luarannya tapi dari dalamannya yang sentiasa menjaga hati dan menegakkan Islam tinggi dimata masyarakat. Mudah sahaja caranya, untuk menarik mad'u, tariklah ia dengan cara yang lembut, rawatlah seolah- olah seorang DOKTOR yang merawat pesakitnya, penuh kelembutan, dan penuh teliti, jika terpaksa menggunakan kekasaran, kekasarannya masih lagi berselangkan kelembutan,.subhanallah.

"Sebagai contoh, ada satu periuk nasi yang hanya tinggal kerak nasi sahaja. Bagaimana untuk kita buang semua kerak nasi itu? Ada dua cara, cara yang cepat dan cara yang agak lambat."

~Pertama, cara yang cepat adalah dengan, kita mengikis kerak nasi itu dengan sudu. Cumanya, periuk itu akan calar balar akibat dari kikisan tadi.
~Kedua, cara yang lambat adalah dengan merendam periuk itu dalam air. Lama-lama, kerak nasi itu akan kembang dan dengan mudah kita dapat keluarkannya.

Nampak bukan?

Begitulah juga perumpamaan kita melaksanakan gerak kerja dakwah kepada mad'u kita. Kalau kita mahu cepat dia berubah, tarbiyahlah dia dengan cara yang kasar, lihatlah hatinya akan terluka sahabat-sahabat. Pandangannya pada ajaran Islam akan jauh menyimpang.

Tapi kalau kita tarbiyah dia secara lembut, slow-slow. Meskipun lambat sahabat-sahabat, kesannya cukup mendalam. Hatinya sedikit demi sedikit akan menerima tarbiyah yang kita bawa. Subhanallah waktu itu sangat indah terasa sahabat-sahabat.

*****
"Serulah (manusia) kepada jalan Tuhan-mu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.... "
-Surah An-Nahl : 125 -

Subhanallah..ayat ini menyeru kita, berdakwah dengan penuh hikmah. Selamat mendidik dan dididik dengan penuh hikmah, usaha kita dalam mengejar title wanita solehah bukannya mudah semudah belajar ABC, ianya perlukan kesabaran dan kegigihan, kekuatan serta kekentalan dalam menghadapi ujian dan dugaan, insyaAllah sama- sama kita insafi diri dan didik diri menjadi wanita yang solehah,.semoga terus istiqamah pada apa yang diusahakan,.:) ^^

Friday, November 9, 2012

BILA AJAL MENJEMPUT

Topik tanyalah ustazah bila ajal menjemput,.berpeluh n berair mata dengar,.>_<

MENGINGATI MATI akan MEMATAHKAH kelazatan dunia,.^^

Allah dah tetapkan takdir hidup kita, kita xberkuasa keatas diri kita, berusahalah berubah jadi insan yang
lebih baik kerana bilamana ajal menjemput, segala- galanya telah berakhir,.

~kalau hari ini kita masih belum mengenakan tudung, PAKAILAH, paksa diri kita, .
~kalau hari ini kita masih belum sempurna aurat serta solat, PAKSALAH sehingga sempurna,
~kalau hari ini kita masih tidak menjaga lidah dari menyakiti hati- hati orang lain, KAWALLAH, usaha untuk menjaga lidah,.

MATI itu PASTI, kita tak mampu nak ubah takdir yang Allah tetapkan tp kita boleh usaha ubah cara kematian kita, berdoalah walau apa- apa bentuk kebaikkan,

~kita boleh berdoa MATI diMAKKAH
~kita boleh minta doa MATI di tanah kelahiran NABI (madinah),.
~kita boleh minta doa MATI dalam solat,.

mintalah apa sahaja kerana ALLAH MAHA MEMAKBULKAN DOA,.insyaAllah,.

SAKARATULMAUT, Subhanallah, NABI yang dijanjikan ALLAH syurga disaat akhir hayat baginda, baginda menyatakan.."kalaulah boleh pindah rasa sakit ini, biarlah aku yang tanggung semua rasa sakaratulmaut yg akan dialami oleh umat- umatku,.",.punyalah nabi sayang pada kita, saat sakaratul maut pun nabi ingat kita semua,,.BILAL BIN RABBAH, saat akhir hayatnya isterinya menyatakan,."dalam banyak2 hari, hari ini hari paling sedih sebab saya bakal berpisah dengan abg..",..namun bilal menjawab,."dalam banyak2 hari, hari ini adalah hari paling gembira bagi saya kerana saya akan bertemu KEKASIH saya,.ALLAH S.W.T,..",..cuba renungkan seketika bagaimana diri kita saat kematian kita???renungkan hatta sejenak,.moga2 mengingati mati dapat membuatkan kita zuhud pada dunia, insyaAllah

3 amalan yang tidak putus pahalanya walaupun kematian menjemput adalah,.

~doa anak2 yang soleh
~sedekah jariah
~ilmu yang bermanfaat,.http://www.iluvislam.com/tazkirah/nasihat/2760-amalan-yang-tidak-putus-pahalanya.html

::: siapakah orang yang MUFLIS itu ??? :::

Daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis itu?

Sahabat menjawab: “Orang yang muflis di kalangan kami ialah seseorang yang tidak memiliki wang dan juga tiada memiliki harta.”

Lalu Rasulullah menjawab: “Sebenarnya orang yang muflis di kalangan umatku ialah seseorang yang datang pada hari kiamat dengan membawa pahala sembahyang, puasa dan zakat, tetapi dahulunya waktu di dunia ia pernah mencaci maki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpahkan darah seseorang dan pernah memukul seseorang. Maka akan diberikan kepada orang yang teraniaya itu daripada pahala kebaikan orang tadi dan begitu pula seterusnya terhadap orang yang pernah teraniaya, ia akan diberikan pula daripada pahala kebaikan orang tadi, apabila telah habis pahalanya sedangkan bebanan dosa penganiayaannya belum lagi dibayar semuanya, maka akan diambil daripada kesalahan orang yang teraniaya itu lalu dibebankan kepada orang tersebut, maka selanjutnya orang itu akan dicampakkan ke dalam api neraka.”

(Riwayat Muslim)

Sunday, November 4, 2012

KEMATIAN ITU HAMPIR, SANGAT HAMPIR

Assalamualaikum dan salam sayang semua,.^^

Dek kerana fikiran buntu untuk bertindak maka jari laju menari- nari di atas keyboard untuk mencoretkan apa yang ingin dirucahkan,.hehe,,so, apa pula entry yang akan dikongsikan???sebelum jari terus berlari- lari, cuba kita fikirkan sejenak, apa yang sedang kita lakukan sekarang,,ketika mana malaikat maut datang menjenguk kita, apa yang sedang kita lakukan,.???ketika mana malaikat sedang leka mencatat amal kita, adakah semakin lama semakin bertambah atau semakin lama, semakin lemah malaikat mencatat amal kita???tanya diri kita,,cuba fikirkan sejenak, sejenak cuma,.

Kehidupan ini umpama roda, kadang kita di atas dan kadang kita di bawah, namun roda yang sentiasa berputar pasti suatu saat akan berhenti juga iaitu KEMATIAN, setiap yang hidup pasti akan mati,.Kematian pasti dihadapi oleh setiap orang sebagaimana firman Allah yang bermaksud:"Setiap yang bernyawa pasti akan mati." (Al-Anbia': 34), dan setiap yang mati pasti akan dibangkitkan semula untuk dihisab segala amalannya kelak dia hari akhirat,."Bagaimana kamu tergamak kufur (mengingkari) Allah padahal kamu dahulunya mati (belum lahir), kemudian Dia menghidupkan kamu; setelah itu Dia mematikan kamu, kemudian Dia menghidupkan kamu pula (pada hari akhirat kelak); akhirnya kamu dikembalikan kepadaNya (untuk diberi balasan bagi segala yang kamu kerjakan)"
(Surah Al-Baqarah 2: Ayat ke 28)

Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: "Orang pintar ialah sesiapa yang memuliakan dirinya serta membuat persediaan untuk kehidupan selepas mati, sementara orang bodoh ialah sesiapa yang membiarkan dirinya mengikut hawa nafsu tetapi mengharapkan cita-citanya dikabulkan oleh Allah."(Riwayat At-Tirmidzi)

Namun Islam menganjur umatnya (sunat) supaya mengingati mati. Samada cara termenung menggambarkan saat-saat kematian itu ditempuhi, menziarahi orang sakit, menziarahi kubur, menghantar jenazah ke kubur dan sebagainya.

Mengingati mati adalah berbeza hukumnya dengan bercita-cita hendak mati, kerana bercita-cita hendak mati yang nekad dengan putus asa, tidak sabar atas penderitaan adalah bukan sifat seorang Islam mukmin dan ditegah oleh syarak ( haram ) kerana nekad sedemikian kadangkala boleh membawa pembunuhan diri. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: " Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 


Adapun memohon dipendekkan umur dengan sebab kezaliman yang berlaku dan tidak ada jalan bagi menghindarinya adalah diharus dengan secara bersandar, seperti kata doanya, bermaksud :"Ya Allah hidupkanlah aku sekiranya kehidupan itu memberi kebaikan kepadaku dan matikanlah aku sekiranya kematian itu menjadi kebaikan kepadaku"


Terdapat banyak kelebihan mengapa Islam menganjurkan umatnya mengingati mati antaranya ia dijelaskan dalam hadis dibawah:

Dari Abu Sa'id r.a katanya: (Pada suatu hari) Rasulullah s.a.w masuk ke tempat sembahyangnya, lalu dilihatnya beberapa orang sedang gelak ketawa, Baginda s.a.w pun menegur mereka dengan bersabda: "Ketahuilah! Sesungguhnya kalau kamu banyak menyebut dan mengingati perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan tentulah peringatan mengenainya akan menghalang kamu daripada melakukan apa yang aku lihat ini, maka hendaklah kamu selalu mengingati dan menyebut perkara yang memusnah dan menghilangkan perasaan kesenangan, iaitulah maut, kerana sesungguhnya pada tiap-tiap hari kubur menyeru, katanya: "Akulah rumah dagang, akulah rumah yang sunyi sepi, akulah rumah yang penuh dengan tanah, akulah rumah yang penuh dengan ulat". Maka apabila hamba Allah yang mukmin dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Dipersilakan dengan segala hormatnya! Ketahuilah sebenarnya adalah engkau - kepada ku - sekasih-kasih orang yang berjalan atas ku, oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepadaku pada hari ini, maka engkau akan melihat layananku kepadamu'; Kubur itu pun menjadi lapang baginya seluas mata memandang, serta dibukakan baginya sebuah pintu ke Syurga, (lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan udaranya, serta ia dapat mencium dari baunya yang semerbak harum dan merasa senang hati dari segala yang dilihatnya dalam Syurga itu). Dan sebaliknya apabila oarang yang berdosa atau orang kafir dikebumikan, berkatalah kubur kepadanya: "Tidak layak engkau disambut dan dipersilakan; ketahuilah sebenarnya engkau - kepada ku - adalah sebenci-benci orang yang berjalan atasku; oleh itu apabila engkau sampai kepadaku dan diserahkan urusanmu kepada aku pada hari ini, maka engkau akan melihat apa yang aku buat kepadamu". Nabi s.a.w bersabda lagi: "Kubur itupun mengepitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w , (sambil bersabda menerangkan yang demikian, lalu Baginda s.a.w) memasukkan jari-jari sebelah tangannya dicelah jari-jari yang sebelah lagi, kemudian Baginda s.a.w bersabda lagi: "Dan dilepaskan kepada orang itu tujuh puluh ekor ular besar yang kalaulah seekor di antaranya menghembuskan nafasnya di bumi nescaya tidak akan tumbuh sesuatu pun dari tumbuh-tumbuhan atau tanaman selagi dunia ini masih wujud, kemudian ular-ular itu akan mematuk-matuknya dan meluka-lukakannya sehingga ia dibawa untuk dihisab (dan menerima balasan)". Kata rawi hadis ini: Nabi s.a.w bersabda lagi: "Bahawa sesungguhnya kubur itu adalah sebuah taman dari taman-taman Syurga atau sebuah gaung-gaung Neraka".



Kita kadang- kadang nampak tetapi membutakan mata, kita kadang- kadang sedar tetapi memekakkan telinga,.kita tahu kematian dekat dengan kita, tetapi kita sering lalai dalam melakukan dosa, astaghfirrullahala'zim,.moga- moga kita terhindar dari azab api neraka, azab kubur, ujian hidup dan mati, dan ujian al masihi ad- dajjal,.insyaAllah wa biznillah,.ya Allah kau tempatkanlah arwah atuk, tok ki, tok wan, abg zul serta seluruh ahli keluargaku yang telah meninggal dunia dalam kalangan orang - orang yang beriman dan beramal soleh, jauhi mereka dari azab api neraka serta seksaan kubur, terangi kubur- kubur mereka dengan cahaya penuh keimanan, amin Ya RABB,.

Friday, June 15, 2012

BERTEDUH DI KEBUN CINTA

~BERTEDUH DI KEBUN CINTA~

Kali ni aku terpanggil untuk berkongsi coretan akhi REZZA KHANAFIAH, untuk berkongsi semua agak sukar tapi aku akan cuba konklusikan satu penulisan yang aku rasa sangat- sangat sesuai untuk remaja masa kini,.ramai yang tahu tapi buat- buat  tak tahu, ramai yang sedar tapi masih cuba untuk terus mamai dan terbuai,."terasa pelik juga tidak pernah kenal dan bersua tetapi kerana hanya sering bermain dengan kata- kata dialam maya dengan mudah boleh jatuh cinta, bila nafsu diletakkan di hadapan semua yang salah nampak biasa,..MATLAMAT CUBA MENGHALALKAN CARA",.ini mukadimah akhi rezza,.sungguh menarik para pembaca untuk terus mengembara apa yang tersirat dan apa yang tersurat dalam karangan beliau.

Bila mukadimah melibatkan cinta, tegas aku nyatakan apa yang cuba disampai bukan hanya cinta semata- mata,.sebaliknya banyak info malah ilmu yang boleh kita raih dari penulisan akhi ini dan insyaAllah aku juga berminat untuk menjadi salah seorang dari mereka contohnya USTAZAH FATIMAH SYARHA, AKHI SYIHAB, dan lain- lain penulis yang berjaya menerbitkan karangan mereka,.

"Pernahkah kita muhasabah diri bertanya hati kecil kita tentang perihal iman kita???"
Alhamdulillah kita diberi nikmat Islam kerana kita lahir dalam keadaan kita Islam,.tapi pernahkah kita muhasabah diri kita sejauh mana kuatnya iman kita pada masa sekarang,. adakah kita leka oleh kerana kita tidak perlu bersusah payah mendapat nikmat Islam??

Rasulullah s. a. w bersabda, bermaksud: "demi Allah sekiranya seseorang itu diberikan hidayah kerana (usaha) kau, maka itu lebih baik dari unta merah" ~ hadith riwayat muslim~

Cinta disini yang cuba dijelaskan adalah cinta kita kepada Allah, sejauh mana kita cintakan pencipta kita, sejauh mana kita taat pada perintah pencipta kita, dan sejauh mana kita takut akan pencipta kita?? kadang- kadang kita alpa dalam nikmat yang Allah berikan pada kita, kita lupa pada pencipta kita, leka dibuai nikmat yang sementara,." jika hari ini kita sihat, tidak mustahil esok kita sakit, jika hari ini kita miskin, tidak mustahil esok kita kaya, jika hari ini kita jatuh dan tidak mustahil esok kita bangun,..semuanya pada Allah, pencipta kita yang berkuasa sepenuhnya keatas kita,..kita boleh usaha tapi yang menentukan segala- galanya adalah Allah ta'ala..Jika kita dekat dengan Allah, Allah akan dekat dengan kita,..jika kita jauh dengan Allah maka Allah akan jauh dengan kita..pilihan ditangan kita,.kita yang memilih kerana kita hidup didunia ini adalah sebagai seoranga musafir yang bermusafir mencari bekalan untuk dibawa mengahadap Ilahi..jika baik yang kita bawa maka baik yang kita dapat,.jika keburukkan yang kita bawa maka keburukkan yag kita dapat,.!!!

cinta menyuburkan Iman,.cinta kita kepada Allah dapat menyuburkan dan menguatkan Iman kita,.kita tahu akan turun dan naik Iman seseorang,.tapi sejauh mana kita usaha untuk kita menyuburkan Iman kita>??

Allah ta'ala berfirman bermaksud: Wahai orang- orang yang beriman, janganlah kamu mendahului Allah dan Rasulnya dan bertakwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.".~al- hujarat (49;1)

Rata- rata zaman remaja masa kita terbuai dengan cintan dan cintun,.siapa yang xpernah jatuh cinta,.agak mustahil disitu,.rasa cinta semua orang berhak dapat dan berhak rasa nikmatnya,.subhanallah saya sendiri tidak dapat menggambarkan bertapa hebatnya rasa cinta tapi cukup kita jadikan tauladan kisah cinta saidatina Aisyah pada rasululullah, cinta saidatina khadijah, cinta saidina Ali pada isterinya,.subhanallah,.rasa cinta sungguh nikmat tapi jika kita salah mengemudinya, kita pasti tersungkur dan itu yang banyak terjadi pada remaja masa kini,.cinta yang sementara yang terkulai layu saat habis manisnya madu,.sepah dibuang ketepi,.cinta dosa adalah ketagihan, untuk kembali pulih kepada cinta pahala memerlukan jihad yang tinggi, ketagihan cinta dosa amat kuat. Penangannya tidak ubah seperti seseorang yang ingin menghilangkan alam merokok, pantang menghidu asap rokok, pasti ada keinginan dangkal untuk kembali merasai nikmat rokok..ini apa yang dikatakan oleh akhi rezza..dan aku bersetuju dengan akhi kerana memang itu yang terjadi masa kini..hatta mereka kata mereka serik bercinta tapi keinginan untuk bercinta itu masih ada kerana sekali mereka rasa nikmat cinta mereka menginginkannya lagi,.kerna itu masa kini tukar pasangan sama seperti tukar pakaian,.pagi baju sukan, tengah hari baju kurung, petang baju riadah, malam baju tidur,.cukup mudah mereka mempraktikkannya,.

Tipu kalau aku nyatakan aku tak pernah ada keinginan untuk disayangi dan menyayangi tapi hidup kena ada prinsip,.sejauh mana kita mampu menahannya, kita lawan..untuk apa bercinta kalau kita masih  tak mampu nak pegang tanggungjawab ke atas cinta itu,.untuk apa bercinta kalau cinta kita tak menjanjikan kita ke Syurga Firdausi,.carilah cinta Allah insyaAllah akan datang cinta yang hakiki,.untuk apa kita bercinta dengan makhluk Allah kalau kita sendiri masih lagi xmampu nak cinta pencipta kita,??? Tanya pada diri kita,.aku bukan anti cinta cintun tapi hidup aku berprinsip,.aku serahkan semua ditangan kedua ibu dan bapa kerana pilihan mereka adalah yang terbaik..bagi aku, aku tak mampu untuk bercinta seperti muda mudi masa kini,.yang kalih dilukai, yang pantas bermanja- manja tiada batasan,.bukankah itu yang dinamakan dosa,.??la takrabulzina..jangan dekati zina,.Allah melarang kita pasti ada sebab jadi patuhlah pada perintah Allah,.

Matlamat tidak menghalalkan cara,.disini aku ingin mengulas sedikit, matlamat kita hatta baik tapi tetap tidak menghalalkan cara kita,..yang haram tetap haram dan yang halal tetap halal,.jadi aku ingin memberi contoh masa kini ada yang bercakap CINTA ISLAMIK,.bercinta tapi malam- malam mesej,.mesej tapi mesej pasal tazkirah, ilmu agama,..betul niat kita baik,.tapi ia tetap tak menghalalkan cara kita,..syaitan ada ditengah- tengah yang berdua,.

Allah ta'ala berfirman: "dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (mata hatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya." al- Israa' (17:72)

Jadi penutup aku adalah say NO to couple,.kita duk sibuk bercakap tentang cinta sampai kita lupa apa yang berlaku kat sekitar kita,.perihal palestin, syiria, al- aqsa,.jika kita xmampu bantu dengan tangan bantulah mereka dengan mendoakan jihad mereka,.itu juga dikira satu jihad,.orang disana xsempat fikir pun soal cinta kerana rasa takut melebihi segala- galanya,.kita??masih leka dengan nikmat yang Allah beri,.kita lupa yang Allah Maha Berkuasa,,,disebabkan aku baca buku ini dah lama,.jadi konklusinya hanya setakat ini,.bagi yang berminat cubalah cari kerna entri buku ni sangat menarik,.penulisan yang bagi aku mudah untuk difahami dan mudah untuk memahamkan mereka yang tidak faham,.syukran jazilan,.jazakallah khairon bagi yang membaca,.wallahu'alam,.aku nyatakan sekali lagi ini adalah konklusi aku,.dan dari karangan akhi rezza,.sampaikan ilmu walau hanya satu ayat,..^__^


cinta Allah, cinta Rasul, cinta keluarga, cinta sahabat, cinta diri sendiri,.~~~~~~~~

Thursday, May 17, 2012

kehidupan seorang hamba

Kehidupan umpama tabir yang hitam dan kelam, disebaliknya ialah cahayadan kebahagiaan, sayangnya tidak semua manusia yang dapat menyingkap tabir kehidupan unttk merasa bertapa nikmatnya kebahagiaan,,dalam kehidupan ada pelbagai liku- liku hidup yang perlu kita tempuhi, kadang disaat pelangi muncul tiba- tiba ada kilat memancar, kadang disaat bunga memekar, terik matahari memancar, kadang disaat hati gembira, badai masalah mendatang, inilah dia yang dinamakan kehidupan, xselalunya cerah, xselalunya tenang, dugaan dan ujian sentiasa hadir bagi menyedarkan kita bahawa dunia ini hanya satu persinggahan bagi kita, persinggahan yang kita pilih untuk mencari bekal bagi mendapat kebahagian di akhirat kelak,.insyaAllah,.

Rata- rata manusia hanya terbuai dan terlena dengan nikmat kehidupan yang sementara, nikmat kehidupan yang mengasyikkan sehinggalah manusia lupa akan apa yang mereka janjikan dengan Allah sebelum ini,.ini janji kita (manusia),."sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untukMu, Tuhan sekalian Alam," bukankah hidup itu untuk mati, dan mati itu untuk hidup yang lebih tinggi, lalu aku mengerti, apa tujuanku dihidupkan dan dimatikan,,.!!!

Allah telah pun menyatakan bahawa "keperitan hidup didunia lambang kebahagian diakhirat",..bergantung pada kita bagaimana kita menangani ujian dan dugaanNya,.adakah kita tanganinya dengan akal dan iman? atau kita tanganinya dengan nafsu dan perasaan??setiap keperitan ada sinar dihujungnya, setiap ujian ada ganjarannya,.Allah Maha Pemurah dan Maha Mengetahui,.kita hanya hamba Allah,.selagi ada masa dan ruang carilah bekalan, carilah sehabis usaha, yang pasti Allah lebih Mengenali HambaNya,.orang lain (manusia) tidak berhak menghitung kesalahan kita,,kerna hanya Allah yang berhak menghitungnya,,.inilah kehidupan seorang manusia bergelar hamba kepada penciptaNya (Allah S.W.T)
 
Genggamlah sekuat mungkin tangan kita mengahadapi liku- liku kehidupan kerna yang pasti ada cahaya disebaliknya,."Apabila kita tenang dalam menerima takdirNya, sama ada yang kita sukai atau tidak sukai, Allah pasti akan memberikan ganjaran mahupun hikmah terbaik berkat dari kesabaranmu itu",.. "Setiap jiwa yang dilahirkan telah tertanam dengan benih untuk mencapai keunggulan hidup. Tetapi benih itu tidak akan tumbuh seandainya tidak dibajai dengan keberanian.",.beranilah menerima ujian dan dugaan mahupun takdirnya kerna yang pasti Allah lebih mengetahui jalan hidup kita,.segala perancangan hidup kita,.Allah lebih mengetahui,.berdoalah, berdoalah, berdoalah agar perancangan Allah dan perancangan kita selari,.insyaAllah,.amin ya Rabb,.>_<
 
"Jangan memandang ke bawah (untuk mengetahui kekuatan tanah yang dipijak) sebelum memulakan langkah. Hanya mereka yang menetapkan pandangan mereka ke arah horizon yang jauh dihadapan sahaja yang akan menemui jalan sebenar.",.dalam kehidupan pandanglah kehadapan xkira dalam kita melangkah penuh dengan onak dan duri kerna yang pasti di hadapan ada cahayanya,.kita tengok bulan diatas sana,.sentiasa memberikan cahaya,.oleh itu percayalah ada sinar yang teramat indah dihadapan,.wallahu'alam.,.@_@

p/s: dalam hidupku sentiasa Allah uji,.dan alhamdulillah aku masih disini,.masih mampu tersenyum, masih mampu mengenal Allah disebaliknya ujian dan dugaan yang diberi,.setiap ujian adalah tanda bahawa Allah masih mengingati kita,.tabah dan sabar hadapi ujian hidup kerna kebahagian sentiasa menanti orang2 yang sabar,.

Saturday, May 12, 2012

MASA & KEHIDUPAN

~kalau kita tengok bulan,. pasti ada cahaya~

Saya pegang kata- kata ni,.persoalan yang ingin saya utarakan disini adalah kenapa setiap dari kita seringkali menuturkan kata2 ini,??.:

"wah, bosannya hari ni,."
"ya ampun,.apa nak buat ni,.bosan sangat- sangat dah ni"

,...dan seumpamanya yang menyatakan kita kebosanan,.dalam tak sedar kita sebenarnya seolah-olah tidak besyukur dengan nikmat masa yang Allah kurniakan kepada kita,.dalam hidup xda istilah BOSAN,.!! carilah ilmu, bebuatlah kebaikkan kerana masa itu begitu berharga..,.>_<

,...kadang- kadang kita lupa disebalikkan kegelapan ada cahaya, disetiap kesulitan ada jalan penyelesaiannya, disebalik kesedihan ada kebahagiaan,.masa yang diperuntukkan kepada kita adalah selama 24jam sehari, jika dihitung dengan sia- siakan masa ini, ia terlalu panjang tapi cuba kita penuhi masa dengan sesuatu yang bermanfaat,.nescaya kita akan merasa yang masa itu terlalu singkat,."pejam, celik, dah nampak bulan,.pejam, celik, dah nampak matahari,",.jangka masa yang terlalu singkat,.dalam dunia akhir zaman lagilah masa berlalu begitu pantas,.masih lagikah kita mahu mengeluarkan kata- kata kebosanan sebegini???

apa yang saya maksudkan dengan "bila kita tengok bulan,.pasti ada cahaya??",..nah inilah yang perlu kita selami kerana apa yang kita tahu bulan muncul tika kegelapan malam datang bertandang,.dalam kegelapan kita terkapai-kapai mencari cahaya,.jadi pandanglah kebulan pasti kita akan nampak cahaya,.jika kita dalam kegelapan, tak kira kegelapan hidup, jangan mudah berputus asa kerana apa yang pasti ada cahaya disebalik kegelapan itu,.cahaya yang kita hanya akan nampak jika kita mahu melihatnya,.!!
 
SUBHANALLAH,.

WALHAMDULILLAH,.

WALA ILLAHAILLALLAH..ALLAHUAKHBAR,.>_<

Sunday, April 29, 2012

Jawapan pada apa yang selalu kita persoalkan

WAJIB BACA!!!!

sedikit perkongsian daripada bahan bacaan,.:)
kita sering bertanya,.tp setiap pertanyaan kita AL-QURAN ada jawapannya,.contohnya,.:

"kita bertanya mengapa kita diuji??"
Al-Quran menjawab :Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan" Kami telah Beriman, sedangkan mereka tidak diuji?Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang- orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang benar, dan sesungguhnya Allah mengetahui orang- orang yang berdusta,",.>surah al- ankabut : ayat 2-3

"kita bertanya mengapa kita tidak dapat apa yang kita idam- idamkan,."
al- Quran menjawab : Boleh jadi Kamu membenci seuatu padahal Ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui,.">surah al-baqarah :ayat 216

"kita bertanya mengapa ujian seberat ini??"
Quran menjawab : Allah tidak membebani sesuatu itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya" > surah al- Baqarah : ayat 286

"kita bertanya mengapa kita frust??"
al-Quran menjawab : janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang orang- orang yang beriman,."..>surah Ali Imran : ayat 139

"kita bertanya bagaiman harus kita mengahadapinya??"
Quran menjawab : Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang, sesungguhnya sembahyang itu amat berat kecuali bagi orang- orang yang kusyuk"..>surah al-Baqarah : ayat 45

"kita bertanya kepada siapa kita berharap,.?"
Quran menjawab: Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain daripadaNya, Hanya kepadaNya aku bertawakal,.">surah at_ Taubah : ayat 129

"kita bertanya apa yang kita dapat dari semua ujian??"
Quran menjawab : sesungguhnya Allah telah beli daripada orang- orang mukmin, diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka,.?> surah at- taubah : ayat 111

"kita berkata kita xtahan!!"
Quran menjawab: ,..dan janganlah kamu berputus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir," >surah yusuf: ayat 87

"kita berkata sampai bila kita akan merana begini??
Quran menjawab : Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan,",>surah al- Insyirah: ayat 5- 6

wallahu'alam,.yang baik datang dari Allah,.:)
 
AKU DEKAT

KAU DEKAT,..

semoga Allah bantu aku dalam perjuangan ini,.dalam mencapai kerdhaan Allah,.insyaAllah aku akan berusaha melawan dan menangkis sebarang halangan,.>_<

Tuesday, September 13, 2011

SURAH- SURAH AMALAN


1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya’Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.

2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah s.a.w., sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur’an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur’an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur’an seluruhnya. (Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.) Rasulullah s.a.w. juga bersabda : Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan “At-Mu’ammah” (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahu pun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya. (Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban). Surah Yaasin ni juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.

3. SURAH AT-DHUHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.

4. SURAH AL-WAQI’AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi’ah pada tiap-tiap malam, insya’Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya’Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya’Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak. Selepas solat Isyak, ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi’ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga kita. Makna Surah Al-Waqi’ah Ayat 35-38 ialah : “Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya.

5. SURAH AL-KHAUTHAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat Isyak hingga dia tertidur, insya’Allah dia dapat melihat Rasulullah s.a.w. dalam tidurnya.

6. SURAH AL-KHAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Khaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur’an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi). Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.

7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur’an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah s.a.w., mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya’Allah, akan terselamat dari azab kubur..

8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah s.a.w. pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti Aisyah, antara mafhumnya : “Wahai Aisyah isteri ku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur’an.” Siti Aisyah lalu berkata, “Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur’an sebanyak 30 juzuk itu.” Apabila mendengar kata-kata Siti Aisyah tersebut, Rasulullah s.a.w. sambil tersenyum lalu menjawab, “Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur’an keseluruhannya. ” Dari Rasulullah s.a.w.. pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a., “Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali. Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan : “Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barang siapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat.”

9. SURAH AL-FALAQ
Siti Aisyah menerangkan : “Bahawa Rasulullah s.a.w. pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barang siapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali.

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur’an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hati

#SELAMAT BERAMAL#

Friday, September 2, 2011

KETIKA ALLAH MENJADI ALASAN PALING UTAMA

KETIKA ALLAH MENJADI ALASAN PALING UTAMA ...

Bismillahir-Rahmanir-Rahim....

Kepada yang ingin menikah tapi sampai sekarang belum menikah, kepada yang sering berdo’a dipertemukan dengan jodohnya tetap belum dipertemukan, kepada para pasangan yang sudah ingin menikah tetapi belum dimuluskan jalannya menuju pernikahan, ada baiknya surat dibawah ini menjadi renungan bersama. Surat yang ditulis oleh seorang istri kepada suaminya. Selamat membaca… dan merenung;) 

Suamiku, ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berani memutuskan untuk menerima pinanganmu dan berpasrah ketika kau berkehendak menyegerakan pernikahan kita.

Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berani memutuskan dengan siapa aku akan menikah. Aku tidak banyak ragu tentang dirimu, kau jemput aku di tempat yang Allah suka, dan satu hal yang pasti, aku tidak ikut mencampuri ataupun mengatur apa-apa yang menjadi urusan Allah. Sehingga aku dinikahi seorang lelaki shalih, tegar, dan menjadi komitmenku berbakti kepada suami.


Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka aku berusaha sekuat tenaga untuk tidak melihat segala kekurangan suamiku. Dan sekuat tenaga pula, aku mencoba membahagiakan dia.


Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka menetes air mataku saat melihat segala kebaikan dan kelebihan suamiku, yang rasanya sulit aku tandingi.
Ketika Allah menjadi alasan paling utama, maka akupun berdoa, Yaa Allah, jadikan dia, seorang lelaki surga, suami dan ayah anak-anakku, yang dapat menjadi jalan menuju surga-Mu. Amin.


Telah menjadi azzamku, kalau Allah menjadi alasan paling utama untuk menikah, maka seharusnya tidak ada lagi istilah, mencari yang cocok, yang ideal, yang menggetarkan hati, yang menentramkan jiwa, yang…..yang.…yang……dan 1000 “yang”…… lainnya….. Karena semua itu baru akan muncul justru setelah melewati jenjang pernikahan. Niatkan semua karena Allah dan harus yakin kepada Sang Maha Penentu segalanya.


Ketika usiaku 20 tahun, aku sudah memiliki niat untuk menikah, meskipun hanya sekedar niat, tanpa keilmuan yang cukup. Karena itu, aku meminta jodoh kepada Allah dengan banyak kriteria. Dan Allah-pun belum mengabulkan niatku.


Ketika usiaku 21 tahun, semua orang-orang yang ada di sekelilingku, terutama orang tuaku, mulai bertanya pada diriku dan bertanya-tanya pada diri mereka sendiri. Maukah aku segera menikah atau mampukah aku menikah? Dalam doaku, aku kurangi permintaanku tentang jodoh kepada Allah. Rupanya masih terlalu banyak. Dan Allah-pun belum mengabulkan niatku.


Ketika usiaku 22 tahun, aku bertekad, bagaimanapun caranya, aku harus menikah. Saat itulah, aku menyadari, terlalu banyak yang aku minta kepada Allah soal jodoh yang aku inginkan. Mulailah aku mengurangi kriteria yang selama ini menghambat niatku untuk segera menikah, dengan bercermin pada diriku sendiri.

Ketika aku minta yang tampan, aku berpikir sudah cantikkah aku?
Ketika aku minta yang cukup harta, aku berpikir sudah cukupkah hartaku?
Ketika aku minta yang baik, aku berpikir sudah cukup baikkah diriku?
Bahkan ketika aku minta yang soleh, bergetar seluruh tubuhku sambil berpikir keras di hadapan cermin, sudah solehahkah aku?


Ketika aku meminta sedikit….. Ya Allah, berikan aku jodoh yang sehat jasmani dan rohani dan mau menerima aku apa adanya, masih belum ada tanda-tanda Allah akan mengabulkan niatku.


Dan ketika aku meminta sedikit…sedikit…sedikit…lebih sedikit….. Ya Allah, siapapun lelaki yang meminangku langsung khan kuterima ajakannya untuk menikah tanpa banyak bertanya, berarti dia jodohku. Dan Allah-pun mulai menujukkan tanda-tanda akan mengabulkan niatku untuk segera menikah. Semua urusan begitu cepat dan mudah aku laksanakan. Alhamdulillah, ketika aku meminta sedikit, Allah memberi jauh lebih banyak. Kini, aku menjadi isteri dari seorang suami yang berilmu, bijaksana, dan menerimaku apa adanya.~ o ~

#BERSIHKAN HATI MENUJU RIDHA ILAHI#

Semoga bermanfaat dan penuh Kebarokahan dari Allah ...